ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
'Amir bin
Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah
datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani
Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.
Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah
selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu
bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga
perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan
satu lagi ditolak.
1. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim
susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana
tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan
sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku
telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang
kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama
lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan
dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya???