10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.
Abul-Laits Assamarqandi
meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah
S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran
a.s. dalam alwaah 10 bab :
· Wahai
Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan
bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
· Taatlah
kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan
akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan
sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan
menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan
akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
· Jangan
sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan
membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan
nama-Ku.
· Jangan
hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang,
sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada
pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak
meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
· Jangan
menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan
engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu
dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan
mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup
wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
· Jangan
menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali
yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
· Cintailah
terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
·
Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak
keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah
S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T
memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."