Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan
kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9
hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda
yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan
mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak
dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad),
bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka)
termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah)
tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka
berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.
(al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam
ayat di atas, menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu; Maksalmina,
Tamlikha, Martunus, Bainunus atau Nainunus, Sarbunus, Dzunuanus, Kasyfitatanunus.
Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.
Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa
mereka. Identitas mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan
firmanNya;
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman
kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan
Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat
menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk
negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya.
Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama
Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan dia memaksa rakyat di
bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s.
dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan
ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun
tujuh pemuda beriman tadi tidak mau tunduk dengan tekanan raja kafir itu.
Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyadari nyawa dan
diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian. Akhirnya mereka dipanggil
mengadap raja itu.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh
keberanian dan bersemangat mempertahankan iman dan prinsip aqidah Ilahi yang
mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka ;
“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka
berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada
raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru
Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan
yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia
sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan
yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada
orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab kata-kata yang mantap dari
pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras
mau bahwa mereka murtad dari agama
mereka. Ia memberikan waktu beberapa hari kepada mereka. Jika selepas waktu itu
pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa
atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini
berkumpul untuk mencari jalan keluar apa yang harus mereka lakukan. Hingga akhirnya
mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan
pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri
dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu
berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada
kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan
memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama
Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan
berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori
oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan
mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi
ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Allah telah menidurkan mereka dengan
nyenyak dalam gua tersebut.
Firman Allah menceritakan tentang mereka di dalam gua;
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu
bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11).
Allah ingin memembuktikan bukti-bukti kekuasaanNya kepada
hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan
pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun
(mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga
ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan
tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum,
tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah.
Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu
niscaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
“Dan engkau sangka mereka sadar padahal mereka tidur; dan
Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri
(supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan
kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah
kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati)
kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18)
Setelah sampai waktu yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun
atau 309 tahun), mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak
menyedari bahawa mereka tidur dalam waktu yang amat lama. Mereka menyangka
mereka hanya tidur dalam waktu sehari atau separuh hari saja.“Berkatalah salah
seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka
menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Setelah bangun dari tidur mereka, mereka merasa lapar. Maka
beberapa diantara mereka mencari makanan keluar. Akhirnya mereka memilih
Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu
mereka membawa bersama bekalan uang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka
itu;
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota
dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan
yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa
makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah
sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka
dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau
memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak
akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun
dalam keadaan yang takut dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih
berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu
supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa
mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran,
Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu,
dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut
kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik
untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa
pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang
lain–karana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu
dan kafir kepada Allah, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang
mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain untuk menunjukan kekuasaan dan
kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan
Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah.
Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu
juga dengan kebanyakan rakyatnya. Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam
negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih
ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah
lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka
bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan
menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi.
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai
supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah
benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi:
21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu
semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia melihat
keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa
heran melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin kaget ketik mereka melihat
uang perak yang dibawanya ialah uang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi.
Ia dituduh menemukan harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman .
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul
kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan
mendengar kisah mereka.
Kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah
memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya.
Raja merencanakan agar sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu
ada yang merencanakan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai
kenangan.
Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata:
“Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jugalah yang mengetahui
akan hal yang akan mereka lakukan”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan
mereka (yakni pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina
sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)
Semoga Bermanfaat ^^
Dikutip dari : http://andez09.blogspot.com/