KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA :
Pada suatu hari, seorang saudagar
perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga
kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang
hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara
badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata
yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus
menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang
tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.
Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu
bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari
kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya.
Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu
beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat
ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya
cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan
wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu.
Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu,
sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak
mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke
kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi
itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu
tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi
dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang
mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba
mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi,
"Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan
saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan
tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini
menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari
rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak
ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W
bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang
melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam
keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa
atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)
Semoga Bermanfaat ^^